Wednesday, June 24, 2009

kesinambungan Admalina

“ Hah! Apa pulak alasan hari ni! hari-hari datang lambat! dahla hari ni ada perhimpuan, datang lambat jugak, sesuka hati dia je nak datang pukul berapa!”

Woi sakit la telinga aku! tak boleh tanya elok-elok ke! Jerit Admalina dalam hatinya

“Hari ni tak ada alasan yang nak diberi!” Admalina membalas kata-kata lelaki di hadapannya itu dengan muka selambanya.

” Kalau nak denda, denda la!” sambung Admalina lagi

Amboi budak ni, melawan nampak, takpe..siap kau nanti, nasib baik hari ni ada perhimpunan kalu tak siap kau aku kerjakan.

“ dah, pergi ke dewan cepat, orang dah mula lama dah, dia baru terhegeh-hegeh datang sekolah, macam la dia ni anak raja nak datang lambat-lambat”

Aik? Mamat ni biar betul tak kenakan aku ari ni. Ni mesti kes hari ni ada perhimpunan dia lepaskan aku. Heh kalu begini, setiap kali perhimpunan pun aku datang lambat.

“ Ha! tu apa duk tercegat lagi tu! takkan nak suruh letak red carpet baru masuk dewan kut!” tengking si lelaki itu dengan kuat sehingga pelajar-pelajar yang berhampiran mula melihat ke arah mereka.

Ish! tak reti nak sabar ke mamat ni. aku ni bukannya the flash nak jalan laju-laju, buat malu aku jer.Sambil berjalan menuju ke dewan, Admalina mengutuk lelaki itu dengan sepuas hatinya sambil matanya meliar mencari kedudukan kelasnya di dalam dewan itu.

“ Psst..Lina, sini la.”

eh! Suara siapa pulak yang panggil aku ni.

“ Wei Lina, sini la!”

Laa…izah rupa. dengan pantas Admalina bergerak ke arah kawannya itu, Harizah.

“ Ha, apa cerita lambat lagi hari ni. Tak kena fire dengan putera sekolah ni ke?”, Harizah memulakan soalannya sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih.

“ Putera apa? Putera katak? Mentang-mentang la korang minat dia, panggil dia putera pulak. putera apa camtu”

“ Nasib baik hari ni ada perhimpunan dia lepaskan aku tanpa denda-dendanya yang mengarut tu, selamat aku. Kalu gini tiap-tiap kali perhimpunan la aku datang lambat.” Admalina tersengih apabila teringatkan dirinya yang selamat dari seksaan lelaki itu.

“ Apa la kau ni, orang hensem camtu kau panggil katak pulak, itulah lelaki pujaan hatiku.” kata harizah sambil melakonkan watak dalam cerita P.Ramlee.

“Shh, dengar apa yang cikgu kata kat depan tu.”, seorang pengawas tiba-tiba menegur mereka.

“ Kau la ni, kan tak pasal-pasal kena marah” Admalina mengomel kepada kawannya.

“ Apa pulak aku, kau la”, kata harizah sambil menunjukkan mukanya yang tidak puas hati.

“ Shh..”

mereka saling berpandangan dan terus diam.

“ Kenapa lambat?” pengawas itu mula bertanya, lagaknya seperti polis.

“ Maaf la, tadi saya terlepas bas saya,” jawab Admalina pada lelaki di hadapannya itu.

Fuh! hensem juga mamat kat depan aku ni.

“ macam mana boleh terlepas bas pulak!? ni mesti bangun lambat, lepas tu kena tinggal dengan bas, kata terlepas bas!” pengawas itu mula meninggikan suaranya sedikit.

Tersentak Admalina apabila lelaki itu mula meninggikan suaranya.Sabar Ad, sabar. Admalina menahan perasaan marahnya terhadap lelaki itu.Menyesal aku puji hensem tadi, mula mengutuk lelaki yang berada di hadapannya itu di dalam hatinya.

“ Ha! tu apa mengelamun lagi tu! sempat lagi mengelamun, dahla datang lambat!”

“ Pergi berkumpul dengan yang lain tu tunggu kat situ sampai cikgu datang!” lelaki itu berkata dengan nadanya yang masih sama seperti tadi.

Admalina terus berlalu menuju ke tempat yang ditunjukkan lelaki itu sambil mempamerkan riak wajahnya yang tidak puas hati dengan sikap lelaki itu.

Aku tahu la aku lambat tak payah la tengking aku macam tu. bagitahu elok-elok tak boleh ke. Ish! geramnya aku!

“ Lina!”

Ha! apahal, ada gempa bumi ke!

“ Wei Lina! perhimpunan dah habis kau nak duduk kat sini lagi ke”, harizah mula menggoyangkan badan kawannya itu.

Ya Allah, aku ada kat perhimpunan ke? macam mana la aku boleh lupa? ni semua pasal mamat tu.Admalina mula tersedar bahawa dia telah jauh mengelamun, teringatkan bagaimana pertama kali dia berjumpa dengan lelaki yang dianggap putera katak.

“ Kau ni kenapa? Ha! ni mesti teringatkan putera katak kau ni.”, Harizah mula mengusik temannya itu setelah menyedari Admalina telah jauh mengelamun sepanjang perhimpunan itu.

“ Tak ada kerjanya aku nak ingatkan kat mamat tu”, Admalina mula memprotes kata-kata Harizah walaupun pada hakikatnya apa yang kawannya katakan itu betul.

“ Dah, jom masuk kelas, kan kena marah dengan cikgu pulak!” sambil menarik Harizah mengikutnya pergi.

bersambung.....

Tuesday, June 2, 2009

RESULT...OH...RESULT....


alhamdulillah.....result kali ni ade pengktn...
walaupun meningkt ckit jer....tp syukur.....
sedeynyer ntwork dpt yg plg rndh....
ape pun....mmg dh jgka dh...
tu la...malas lg study...kn dh dpt rndh...
uhuk....uhuk(^0^) waaaaaaaaaaa.....
insya-Allah sem dpn pun mngkt lg...
biar la ckit2 pun....n 2 all my frenz...hope they all get the better result 4 them 2....