Friday, July 31, 2009

sambungan lagi......ADMALINA

kesinambungan admalina sekali lg....ntah bla la nk siap smbung sepenuhnyer....
xde idea sgt pun....kpd yg m'bc dhrp dpt bersabar yek....(n_n)


Sampai sahaja di rumah, Admalina menghempaskan tubuhnya ke atas sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya.
“ Hai, letih nampak, sampai tak sedar orang lain kat sini.”
Terkejut dengan kata-kata tersebut, Admalina segera berdiri.
“Abang!!”
Admalina segera meluru kearah abangnya.
“Bila abang balik!? Kenapa tak beritahu Ad!?” Admalina mula mengajukan soalan untuk abangnya.
“Ya Allah! kalau ya pun nak tanya, tak payahlah nak jerit-jerit”
Admalina hanya tersengih mendengar kata-kata abangnya itu.
“Abang balik pagi tadi, saja je abang tak beritahu Ad, nak buat surprise sikit”.
Admalina mula memandang abangnya daripada atas hingga ke bawah.
“ni apasal pulak tengok abang lain macam jer? Ada apa-apa yang tak kena dengan abang ke?”
Adam mula membelek dirinya sendiri apabila melihat adiknya memerhatikannya dengan penuh teliti..
“Wah!! Makin hensem pulak abang Ad ni. Ni mesti ada apa-apa ni?”
“Laa..tengok orang la….dah orang hensem. Hari-hari mesti la semakin hensem jadinya.”
Ruang tamunya kemudiannya bergema dengan ketawa Admalina. Admalina ketawa besar dengan kata-kata abangnya itu.
“Ni apahal gelak sampai satu rumah boleh dengar ni, hah?”
Admalina dan Adam hanya memerhati ibu mereka yang sedang menuruni tangga.
“Abang ni ibu, perasan dirinya hensem sangat. Muka macam sarang tebuan kata hensem!”
“Eh! Tadi Ad juga yang cakap abang ni hensem”
Puan Harlina hanya menggeleng melihat gelagat kedua-dua orang anaknya itu. Begitulah mereka setiap kali bertemu, sentiasa ingin mengenakan antara satu sama lain Walaubagaimanapun dia senang melihat anak-anaknya bergurau sesama sendiri. Baginya merekalah satu-satunya permata hati dalam hidupnya selepas kematian suaminya 5 tahun yang lalu.
“Ibu! Kenapa ibu senyap je ni? Ibu tak apa-apa?”
Puan Harlina hanya tersenyum mendengar kata-kataAdmalina. Anak-anaknya memang mengambil berat akan dirinya
“ Taklah”
“Ha!ni mesti sebab ibu rindukan Adam kan? Adam kan anak kesayangan ibu”
“Eh! Abang jangan nak mengada-ngada. Ad barulah anak kesayangan ibu. Ya kan bu?”
“Ish! Apa la gaduh-gaduh ni. Dua-dua anak kesayangan ibu. Tak ada beza sikit pun.”
Adam dan Admalina yang mendengar kata-kata ibunya itu hanya memandang ke arahnya. Mereka pun memeluk Puan Harlina. Puan Harlina hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya itu.
“Dah!Dah! Lemas ibu nanti kena peluk macam ni. Ad pergi mandi, Adam tolong ibu siapkan makanan.”
“Baik puan!”Admalina dan Adam menjawab dengan serentak.


************************************************************************


“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam. Ha dah balik pun anak mak ni”
Hariz hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya itu.
“ Macam mana dengan sekolah hari ini, Riz?”
“ Ok je mak. “
“Ok je?”
Hariz hanya tersenyum lagi mendengar kata-kata ibunya. Puan Asyikin hanya memandang ke arah anaknya itu. Teringat ketika Hariz kecil, anaknya itu selalu menjawab dengan penuh riang. Sepatah yang ditanya, panjang sahaja jawapan yang diberikannya. Puan Asyikin rindu dengan sikap anaknya itu. Kini, gelak tawa anaknya itu telah hilang. Hilang bersama kisah hidupnya yang penuh duka.
“Mak? Kenapa termenung ini? Mak tak sihat ke?”
Hariz mula melangkah laju menuju ke arah ibunya. Hariz bimbang jika terjadi apa-apa terhadap ibunya.
“ Mak tak apa-apa ke?”
“ Mak tak apa-apa, Riz.”
“ Mak dah makan ke belum?”
“ Belum…mak tunggu Riz..nak makan sekali dengan Riz..”
“ Laa…kan Riz dah suruh mak makan dulu…kan Riz dah bagitau Riz balik lambat hari ni…”
“ Mak tau..saja je mak nak tunggu…boring la mak makan sorang-sorang je’’
Hariz hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya itu. Hariz tahu ibunya inginkan seseorang menemaninya. Sejak ayahnya meninggalkan mereka, ibunya selalu termenung dan sering kali dia melihat ibunya menangis keseorangan.
“ Ok la mak, tunggu Riz mandi jap ya? Nanti Riz turun makan dengan mak”
“ Ok, pergilah, mak siapkan makanan dulu”

bersmbung lg skali yek....

Monday, July 27, 2009

new reminder for all of us....

pernah tak merasakan diri berada dalam keadaan yang paling mengecewakan??
mesti pernah...n time tu siapa yang kita cari??
Allah kan?
kita bertanya kenapa kita diuji sedemikian....
kenapa kita yang harus merasakan kesusahan...
ya kan?
pernah tak merasakan kita la manusia paling bertuah atau hebat??
mesti pernah..n time tu siapa yang kita cari??
ada yang mencari mak...
ada yang mencari ayah..
ada yang mencari temannya...
memberitahu pada mereka yang kita ni berjaya....
memberitahu yang kita ni hebat...
n last skali...baru mencari Allah kan...
tu pun kalau teringat....
kenapa kita selalu mudah lupa kepada-Nya dalam keadaan senang??
tapi mudah ingat akan-Nya dalam keadaan susah...
memang beginilah sifat manusia....
tapi apa yang pasti....
Allah tidak pernah lupa akan kita...betul kan??
bersama-samalah kita kembali mengingatinya...
dalam keadaan susah mahupun senang...
semoga hidup kita semua...
akan lebih diberkatinya...