Sunday, December 28, 2008

kata-kata panduan buat kita semua

Dalam hidup kita,
Kita sering mencari cinta,
Dalam asyik mencari cinta,
Kita akan terluka disebabkan cinta,
Hingga kita terlupa akan cinta yang agung,
Cinta terhadap Illahi,
Cinta yang tidak sesekali akan melukai kita,
Cinta yang sentiasa setia bersama kita,
Namun mengapa,
Kita sering kali mengabaikan kewujudan cinta ini,
Terlalu alpa dengan cinta duniawi,
Terlupa akan cinta Illahi,
Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,
Kerana cinta Illahi terhadap kita,
Tidak pernah dilupakan-Nya,
Kembalilah diri terhadap cinta,
Cinta terhadap Illahi,
Semoga kita akan temui cinta yang agung...

enjoy a story for u all.....

“Bangun!!!!”

Terkejut dengan kata-kata ibunya itu, terpacak Admalina 90 darjah di atas katilnya.

“Apa ni bu, terkejut Ad ibu jerit camtu..” Admalina mula bangun daripada katilnya.

“Habis tu liat sangat nak suruh bangun, dah lambat nak ke sekolah ni tahu tak, hari ni ada kan ada perhimpunan kat sekolah tu” marah Puan Harlina apabila melihat gerak-geri anaknya itu masih perlahan untuk bersiap ke sekolah.

“Hah!! Ya Allah,hari ni hari isnin, perhimpunan….” admalina mula bergerak pantas apabila tersedar yang dia sudah terlawat untuk perhimpunan hari ini.

Ya Allah macam mana la aku boleh terlupa, habis la aku kena fire dengan mamat tu nanti. admalina mula membayangkan nasib yang bakal diterimanya apabila berdepan dengan pengawas yang dianggap selalu mengganggu hidupnya itu.

“ Ibu!! Tolong hantar Ad ke sekolah.. Cepatlah bu, Ad dah lambat ni.” pinta Admalina kepada ibunya.

“ Ha! tulah bangun lagi lambat-lambat, kan dah menyusahkan ibu. ada banyak lagi kerja yang ibu nak buat ni.” sengaja dimarahi anaknya itu, walau hati ibunya tetap kasihan dengan anaknya itu.

“ Alaa..bu, cepatlah Ad dah lambat ni, bu cepatlah, kan Ad kena denda pulak dengan cikgu.” rayu admalina kepada ibunya.

“ Yela,yela cepatlah bersiap ibu tunggu kat bawah”

“ Ni yang Ad sayang ibu ni…hehe..”,

“ Kalu tak hantar, tak sayang ibu la.”

Admalina hanya tersengih mendengar kata ibunya itu. selepas ibunya turun, cepat-cepat dia bersiap untuk ke sekolah. Ya Allah janganlah mamat tu yang tahan aku nanti. tak pasal-pasal jadi perang Dunia ketiga pulak.

************************************************************************

“ Belajar elok-elok, jangan main-main pulak kat sekolah tu nanti.” pesan ibunya kepada Admalina.

“ Baik puan!” sambil meletakkan tangannya di dahinya seperti tanda hormat tentera.

ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu. Admalina kemudiannya bergegas masuk ke kawasan sekolahnya. Selepas melihat kelibat anaknya menghilang, puan Harlina mula memandu keretanya meninggalkan perkarangan sekolah itu.

Ya Allah janganlah si mamat tu ternampak aku datang lambat, kalu dengan orang lain aku rela.

bisik hati Admalina sambil memerhatikan sekelilingnya supaya tidak terserempak dengan pengganggu antarabangsa itu.

“ Admalina!!”

Mampus!! Dia dah datang dah habisla aku hari ni.




bersambung.....